Saturday, 18 October 2014

Lagu Melaka Maju Jaya dan Lagu Melaka Maju, Negeriku Sayang tambah lirik sekali

Bismillah. Alhamdulillah diberi masa lagi untuk menulis.

Masuk hari ini dah seminggu aku dok kat shah alam lepas balik cuti raya haji minggu lepas. Kami mahasiswa Uitm dah cuti mid-sem skali minggu lepas. Tak sama macam kampus lain, UTM ke, UKM ke, diorang baru nak cuti minggu ni. Sekali dengan cuti Deepavali sekali. Kami tak ada kaum India, jadinya kami hanya cuti sehari je Rabu nanti.

Rindu pulak kat kampung. Rindu kat mak aku. Hari ini family aku, makcik-makcik dengan pak cik aku kat Melaka semua pergi pantai. Bersantai di hujung minggu. Menggunakan masa hujung minggu bersama-sama keluarga. Aku kat sini tak dapatlah join. Boleh join kegembiraan dia orang kat whatsapp je. Tak pe lah. Ini pengorbanan yang aku perlu lalui sebagai seorang mahasiswa. Acececeh.

Aku nak share dengan korang lagu rasmi negeri aku, negeri Melaka. Dulu kat sekolah selalulah nyanyi lagu ni. Sekarang setahun sekali pun tak tentu lagi. Kalau nyanyi pun mungkin nyanyi sorang-sorang kat dalam bilik air atau bilik mandi. Bila terkenang zaman kanak-kanak dulu lah.

Tadi aku bukak YouTube, taip lagu Melaka. Keluarlah lagu Melaka Maju Jaya. Kat situ jugak ade video lagu Melaka Maju, Negeriku Sayang. Aku tak tau lah lagu rasmi Melaka dah ubah ke apa. so aku pun bukak lah web kerajaan negeri Melaka. Kat web tu dia letak dua-dua sekali lagu sebagai lagu negeri. Jadi aku buat konklusi, lagu Melaka Maju Jaya masih lagi lagu rasmi tapi ditambah dengan lagu Melaka Maju,Negeriku sayang. Sebab aku tengok program rasmi ada nyanyikan lagu tu jugak. Kat bawah ni aku masukkan sekali lagu dan lirik lagu-lagu tersebut.


"MELAKA MAJU JAYA"




MELAKA NEGERI BERSEJARAH
TEMPAT TUMPAH DARAH KITA
DIJUNJUNG DENGAN SEPENUH JIWA
UNTUK MAJU DAN JAYA


RAKYAT MELAKA SUDAH BERSATU PADU
BERIKRAR TAAT SETIA
JUJUR BERKHIDMAT SETIAP MASA
MELAKA MAJU JAYA




"MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG"




MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
GAGAH BERANI
NEGERI INDAH, TAK TERPERI
NILAI MURNI KUALITI TINGGI


HULUBALANGNYA TERBILANG
NEGERI HEBAT CEMERLANG
POKOK MELAKA LAMBANG RAKYAT GEMILANG
DAULAT DIJULANG


MELAKA MAJU WARISAN DUNIA
MARILAH KITA RAIKANNYA
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
IMPIAN SATU MALAYSIA


MELAKA NEGERI BERSEJARAH
DIMANA SEMUANYA BERMULA
RAKYATNYA TAAT DAN SETIA
MELAKA MAJU DAN JAYA


MELAKA MAJU WARISAN DUNIA
MARILAH KITA RAIKANNYA
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
IMPIAN SATU MALAYSIA


MELAKA MAJU WARISAN DUNIA
MARILAH KITA RAIKANNYA
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
IMPIAN SATU MALAYSIA

MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG




Best jugaklah lagu baru ni. Rancak sikit dari yang lama. Banyak video lagu baru ni ada kat YouTube, tapi aku pilih yang Limkokwing punya sebab nampak lagi menarik dengan gambar dia yang cantik. Lagi pun dia orang memang terkenal dalam buat video-video promote lagu rasmi. So, mindset aku terus fokus kat dia orang punya hasil kerja lah. tak tengok orang lain punya video. Harap korang puas hati jugak lah dengan video ni. Selamat Melayan...



No comments:

Post a Comment